masa pagi hari raya tu mama dan papa dan pak usu aiman je ader sb tokmak aiman di mekah menunaikan fardhu haji..mmg hari tu mama dah tak tahan sakit..sampai papa yang masak pada hari raya tu..papa mmg seorg suami yg penyayang tau..akhirnya mlm tu mama&papa nekad pergi jugak hospital..dan Alhamdulillah jalan untuk Aiman lahir dah bukak 3cm..so mama ditahan la..ms tu dah pukul 12am..tp tggu doktor&nurse2 tu buat kerja agak lambat la jugak..lepas mama ready pakai baju bersalin diorang check degupan jantung Aiman..agak lama jugak la..sampai ader seorg nurse sedar dan cakap denyutan ni tak cantik..terkejut jugak mama ms tu.. Mama doakan anak mama tak aper2la dlm perut mama..
diorang masukkan air kat tgn mama dan tolak mama masuk bilik bersalin..sekali lagi doktor tak puas hati dan masukkan pulak alat degupan jantung kt mama..ms tu mama dgr jantung aiman..laju nyer jantung anak mama ni..hihi..tp bila mama sakit (contraction) jantung aiman perlahan..makin lama lepas tu tak bunyi lagi jantung aiman..keadaan masa tu agak panik dan mama sendiri sign borang utk buat pembedahan..doktor cakap takut aiman lemas..
Ms tu papa pun masuk dan tolong angkat mama tukar katil utk masuk wad pembedahan..syg nyer papa tak dibenarkan masuk sama..tak sampai 5 minit lepas mama disuntik epidural mama dgr suara anak mama menangis..syukur pada ALLAH anak mama selamat dilahirkan..nurse yang sambut aiman bagi aiman cium mama..dan bawa aiman dekat papa.. 3 hari mama kt sana dan 3 hari jugak papa temankan kita..baikkan papa..aiman mst syg papa jugak tau..klu tak nnt papa gigit bontot aiman..hahaha..
lepas tu pd pagi tu jugak nenek dan makcik ale&pak jang aiman sampai,tp tak dibenarkan masuk sb dah mlm..pg esok baru diorg datang. mama pun tertidor selepas nurse masukkan kita kt bilik 1st class kt hospital tu..tp bl mama tersedar..rupa2nya anak mama bgn awal lg dr mama..masa tu mama tgk aiman, rambut lebat,kuku cantik..mata cantik..nak jer mama bgn amik aiman, tp mama tak mampu bgn sendiri lg..mcm mimpi mama dah ader aiman..mama bersyukur pada ALLAH S.W.T atas kurniaan aiman yg cukup sifat,sihat dan bijak. nnt mama citer lg yer..nnt kita tgk aper pula papa nak citer ms detik2 menyambut kelahiran aiman...papaaaa..cepat citer






No comments:
Post a Comment