Thursday, July 30, 2009

gAmbaR PassPoRt 1St aImaN


Ni gambar passport aiman..hehe..comelkan..papa tak habis2 tenung gambar ni..papa sll cakap kt mama, "mama, comelkan anak kita", seperti biasa mama mst mengiyakan saja cakap papa tu..dan mama akan tambah.."kalau tak menjerit, lagi comel..klu menjerit2 tu..eee..nk jer hilang sabo ni..hihi",


nama lagi budak kecik kan..biasa la tu..test suara..mama tak kisah..aiman klu ader org ramai tak la buat perangai..tp klu dgn papa&mama..naik poning la jugak..tambah2 bila dah nak pukul 12 mlm tunjuk kunci ajak jalan2..huuhu..klu tak dpt..mula la tnjuk mcm2 aksi...tp mama&papa tak lyn pun..tutup jer lampu..buat2 tido..mst aiman pun tido lps tu..aiman..aiman...


Tuesday, July 21, 2009

JoMmmm NaIk tRen...

Dah lama sebenarnyer nak bagi aiman rasa naik tren..selalu antar mama jer pagi2 naik tren..so papa pun berjanji nk bawak aiman naik tren..bukan pergi mana pun..port klang jer..sebab tren ke sana tak ramai org..balik pun tak ramai org..so semua dpt duduk dgn selesa..lastly ahad lps dpt jugak bawak aiman jalan2..dah la time tu 11am..mmg takde org sgt nk keluar time panas2 mcmtu..


baru gerak dari stesyen Teluk Pulai..





masa ni dah smpai port..tgk jer la bot2 yg ader..papa nak g pulau ketam..tp nasib baik ader sorg pakcik tu ckp..lbh baik tak payah pergi..bukan menarik pun...bukan ader pantai utk mandi..so..tgk jer la dr jeti kan..huhu



ms tgh lepak2 kt sini la pakcik tu dtg and nk bagi aiman air coke..ader ker patut?..mama terus la ckp, mana blh aiman minum air tu..aiman dah ader air yg mama bawak dr umah..pakcik tu ckp..air murah..aper la pakcik tu..yg ptg air ni bersih&bagus utk aiman..bukan air coke tu..tp papa lyn pulak pakcik tu..papa kan ramah&berbudi pada org tua..bagus2..mama malas skit nk melayan..tgk..aiman pun tak suka kt pakcik tu..aiman mcmni lama sgt..hbs air yg aiman minum tumpah kt seluar mama sb aiman minum smbil tunduk rapat2 kt peha mama..
ms tu pakcik ni pggl2 aiman lg..aiman diam jer..mama tarik bg aiman duduk elok2 aiman buat keras jer..sll aiman tak mcm ni sb anak mama ni peramah sgt2..sian aiman kan..dh lama papa borak2 mama srh papa bwk aiman tgk feri..baru aiman bgn.




next kita naik feri plak yer...




Thursday, July 16, 2009

Aiman & Pak Long


Ni la Pak Long Aiman..ermm..pak long aiman ni org yg xcited amik gambar aiman dr mula aiman lahir ke dunia ni..sampai la skrg..aiman dgn pak long dah mmg geng la..klu paklong dtg umah..mama tenang sikit dr gangguan aiman...haha..mana idak nyer..selalu sgt nk berkepit dgn mama sampai mama takleh nk buat keja lain..so paklong..dtg la umah aiman sll yer...errmm

Selain papa, pak long adalah febret aiman utk ajak keluar..tokwan pun sama..mgkn 3 org ni jer yg sll drive kan..pak njang&pak su pun sama, tp aiman jarang naik keta dgn pak njang&pak su kan...ermm..klu mama or makcik2 aiman ajak kluar..aiman buat 'dekkk' jer..sb aiman dh tahu..kitorg ni tak akan bawak aiman naik keta..huhu

Wednesday, July 15, 2009

25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya

1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

3. Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4. Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9. Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16. Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18. Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

23. Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24. Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Friday, July 10, 2009

Aiman & Tokwan

Pic ni dah lama sebenarnya..masa aiman duduk dgn tokwan dulu..mama baru godek2 gambar2 lama utk masukkan dlm blog aiman ni..sb mama ni tak penah pun lagi cuci gambar aiman..teruk kan..huhu..dah nak cuci sbnarnyer..tp tak penah jadi..so bila masuk dlm blog ni, aiman leh tgk jer kan..tak yah ler mama cuci lg..hehe..'save our planet'..melampau ler mama ni kan..huhu..takper2..nnt mama cuci jugak..tp bila yek..ermmm



aiman ader persamaan dgn tokwan tau..patut ker mama tulis yer...tak salah kot..hiihi..aiman suka parking kaki masa tidur...haa..tu ler..(nenek ckp..haha...)

Aper Aiman Buat Tuuu...
















haa...ni rahsia aiman..hanya keluarga aiman jer tahu..nenek cakap mcm perangai pak long masa kecik2..tokmak pulak cakap macam perangai pakcik masa kecik2..so sikap ni dh turun kat aiman pulak..hihi..tak salah kan..pandai anak mama ni..










Aiman Solat dan.....

Hari selasa lepas mama still MC sb salah makan, mama&papa kena muntah&cirit-birit..kira continue aiman nyer sakit la..huhu..bila mama ader rumah, aimam aper lg..berkepit jer la dgn mama, sampai mama nak solat pun nak kacau..takper la..mama bagi aiman solat dulu...



tp lepas tu aiman kacau mama solat..ermmmm..aper lagi..mama geram,mama sarungkan aiman telekung mama..e..eh..comey la pulak anak 'dara' mama ni..hihihi







Wednesday, July 8, 2009

Aiman aaakitt...




Cian anak mama sorang ni...nak tahu kenapa..aiman kena food poisoiner..hari ahad lepas dari pukul 1am aiman start muntah..bila batuk jer tgh mlm aiman muntah dr pukul 1am-4am 7x aiman muntah tau..mlm tu jer 3x mama tukar cadar sb kena muntah aiman.. mama igt sebab aiman tak mkn mlm, mgkn perut dh masuk angin kan..mama pun buatkan bubur nasi untuk aiman jam 3 pagi..






ms aiman bgn muntah jam 4 pagi tu aiman dh byk hilang air,kesian mama tgk anak mama ni, tp aiman kuat..tak lembik pun, aiman mintak 'ayey' kt mama, sampai habis 1 gelas aiman minum..selang stgh jam muntah lg..keluar air jer..mama suap bubur, aiman mkn 3 sudu..then muntah lg..mama dh ajak papa gi hospital, tp papa ckp klu aiman muntah lg br nak gi spital..papa pun penat ms tu..






dh pukul 8 pg aiman dh muntah 10x..papa bwk aiman g klinik...ms kt sana aiman tetap cergas jer..tu la anak mama..sentiasa kuat..masa jumpa doktor, doktor cakap aiman salah mkn..mgkn minuman semalam bercampur2..aiman minum soya,mangga,rootbir..mcm2 lg..doktor suruh aiman minum byk air, dan susu tak blh minum utk 2hari..




balik dari klinik terus papa call member dia nk beli insurans untuk aiman..papa dah risau sgt2..nasibla ader member papa keja kt insurans company kan..ermm..sblm balik tu sggh jap umah tokmak..aiman dah letih sgt ms tu..mama tido kan aiman kt sana..3jam aiman tido..mama dan papa pun join skali la..sama2 berjaga mlm tu..mau tak ngantok..huhu..




semoga anak mama sentiasa kuat,cergas dan sihat..




Friday, July 3, 2009

Jom Swimming...

n3 ni mama tertinggal la..bila tgk pic baru igt nak masukkan dlm blog aiman..n3 aiman,papa&mama terjun swimming pool kat umah kita la..mama igt nk terjun mlm, best skit sb gelap, tp bahaya pulak utk aiman..sbnar nyer ni 1st time mama join masuk pool, sblm ni aiman dan papa jer..tu pun kalau papa ader rumah..

mak iti pun ader..tp tlg pegang kamera jer, sb mak iti taknak basah2..so check it out..




ader jugak video papa buat kuak dugong..wakaka (ampun pa) tp tak boleh la letak sini kan..mak iti jd camerawomen nyer.


Aiman Test Gigi....

Hari kedua aiman kat rumah ibu aiman dah dpt 3 kesan kat badan..huhu...semalam papa yang amik aiman kt umah ibu, pastu papa panggil mama&tunjuk kesan gigi kat lengan aiman..ader 4 kesan gigi, lepas tu mama check dekat dada kanan aiman pun ader..cian nyer anak mama..

Sebenarnya aiman yang mula dulu..papa ckp aiman gigit baby...then aiman gigit anak ibu yg tua 4 bulan dr aiman tu..so dia serang balas balik..huhu..mlm td mama dah pesan jgn gigit org tau hari ni..klu tak mama cari nursery lain kt aiman..tp mama tak salah kan aiman..aiman kan kecik lg..sepatutnya aiman dikawal kan..baby tu pun mst dikawal dr budak2 besar aiman..aiman mmg kdg2 suka gigit..acik ale pun smpai pecah darah kt bahu aiman gigit..cian acik ale..

mama tak penah pun gigit org or ajar aiman gigit2 ni..aiman jgn buat lg tau..



Thursday, July 2, 2009

Aiman: Back to 'Ibu'

Semalam mama terpaksa hantar aiman semula ke rumah pengasuh aiman Puan Zaiton (ibu) sb dia bahasa kan diri dia dgn aiman&anak2 dia ibu..so aiman ader mama&ader ibu la kan. mama terpaksa antar aiman kat sana sebab acik ale dah nak masuk belajar semula kt UPM. mak iti ader la, tp skrg mak iti sibuk dgn Test sana sini sb mak iti aiman tu nk further study kt UK sept ni..errrrmmm..no choice..aiman kena la duduk dgn ibu yer...

Dulu aiman duduk dgn nenek&tokwan kt kampung, tp skrg aiman dah aktif la..sian nenek nk kejar2 aiman nnt..nenek mana larat lg..lg pun mama&papa dh nekad..aper terjadi..biarla aiman membesar depan mata kami..setiap hari tgk anak mama membesar..seronok&bahagia sgt tau..ader jer perkataan baru anak mama ucap walaupun bahasa tu aiman jer guna kan..tp mama&papa tetap faham..nnt mama listkan bahasa aiman tu yer..hehe

Tp aper yang mama nak citer kat sini, smlm masa mama&papa balik keja, aiman tak sambut kami macam selalu..aiman duduk jer depan tv..dh la atas bantal plak tu..sambil nak tebuk air kotak soya..langsung tak sambut mama&papa..muka jgn cakap la..masam jer..aper dah jadi yer...ermmm..merajuk la tu..huhu..baru setahun setengah dh pandai merajuk..isk..isk..saper nyer perangai la aiman follow ni..sbnrnyer aiman dh pandai merajuk sejak umur 3 bulan lg tau..dlu lg teruk..mama balik jer, mama pangku aiman nk bg nenen..aiman lgsg tak tgk muka mama..asyik alihkan muka jer..tp mulut tu nenen jugak..hahahaha..aper la aiman ni..kelakar mama tgk..tp tetap comey sgt tau..tp like mama, aiman merajuk sekejap jer..dh kena usik dgn papa..terus back to normal...

aiman..aiman....